000000
X
PALESTIN
Kereta Remaja Palestin Ditembak Lebih 40 kali
Oleh: Abdur Rahman Raji
22 Julai 2023 | 10.00 malam
Tentera penjajah Israel menembak sebuah kereta milik warga Palestin berhampiran daerah Nablus sehingga menyebabkan seorang remaja di dalam kereta itu terbunuh dan kawannya ditahan selepas cedera.

Mangsa, Fawzi Hani Makhalfa, 18, diumumkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Palestin pada tengah malam tadi. Menurut Persatuan Bulan Sabit Palestin,  Makhalfa sedang memandu kereta bersama kawannya, Mohammad Mkhaimer, ketika tentera penjajah Israel menembak lebih daripada 40 tembakan ke arah mangsa, termasuk salah satu tembakan yang terkena di bahagian kepala mangsa. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin,  pembunuhan Makhalfa dianggap sebagai sebuah jenayah yang kejam.

“Serangan tembakan bertalu-talu ke atas sebuah kereta, mencerminkan betapa tingginya kebencian, keganasan, serta niat jahat untuk membunuh, yang membuatkan setiap kenderaan Palestin dianggap suspek di mata tentera penjajah Israel," kata kementerian itu. 

Siri pembunuhan rakyat Palestin oleh penjajah Israel dilihat semakin ketara beberapa minggu ini antaranya pembunuhan seorang remaja berusia 17 tahun, Mohammad Fouad al-Baied, semasa demonstrasi menentang pencerobohan wilayah Umm Safa, berhampiran Ramallah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,920
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....