000000
X
PALESTIN
Orang Israel Merosakkan Ladang Zaitun Milik Rakyat Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
22 Julai 2023 | 11.45 tengahari
BETHLEHEM – Para peneroka Israel menebang dan merosakkan pohon zaitun yang sudah berbuah sepenuhnya milik rakyat Palestin.

Penyelaras jawatankuasa kebangsaan Hassan Brijieh, berkata peneroka dari penempatan Israel Efrat, dibina secara haram di atas tanah bandar Al-Khader, menebang sekitar 50 pokok zaitun milik penduduk tempatan.

"Keganasan peneroka Israel telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Palestin di bawah pemerintahan Israel. Pasukan keselamatan Israel membenarkan tindakan ini. Tindakan ini memberi kesan kepada tanah, harta benda dan kecederaan kepada rakyat Palestin itu sendiri. Dalam beberapa kes, pasukan keselamatan mereka juga bertindak sebagai pengiring bersenjata, atau turut serta dalam serangan itu" kata pusat maklumat Israel untuk hak asasi manusia di wilayah yang diduduki, kata B’Tselem.

B'Tselem turut berkata siasatan yang dijalankan bagaimanapun ditutup tanpa sebarang tindakan yang dikenakan terhadap para peneroka Israel atas dasar polisi yang tidak diisytiharkan.

Kesan jangka panjang daripada keganasan ini ialah perampasan terhadap rakyat Palestin daripada peningkatan bahagian Tebing Barat, menjadikannya lebih mudah bagi Israel untuk mengambil alih tanah hasil bumi Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,715
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....