000000
X
PALESTIN
Penjajah Israel Serang penduduk Palestin Ketika Proses Pengebumian Jenazah
Oleh: Abdur Rahman Raji
21 Julai 2023 | 11.57 malam
Seorang remaja Palestin telah ditembak dan cedera akibat tembakan peluru hidup, serta puluhan mangsa lain kesesakan nafas akibat serangan tentera penjajah Israel semasa proses pengebumian jenazah seorang penduduk Palestin di bandar Beit Ummar, di bahagian utara Hebron.

Mangsa remaja yang ditembak itu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, dan keadaannya dikategorikan sebagai sederhana. Puluhan mangsa lain juga menerima rawatan di tempat kejadian akibat serangan gas pemedih mata. 

Yousef Abu Maria, jurucakap Jawatankuasa Rakyat Beit Ummar, menyatakan bahawa tentera penjajah Israel menyerang penduduk ketika mereka dalam perjalanan menuju ke kubur yang terletak di jalan utama bandar untuk mengebumikan jenazah ahli waris mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,192
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....