000000
X
PALESTIN
Remaja Palestin Syahid Ditembak di Kepala
Oleh: Abdur Rahman Raji
21 Julai 2023 | 11.27 malam
Seorang remaja Palestin, Muhammad Fuad Al-Baied, 17, telah syahid akibat tembakan di kepalanya, dan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan serius semasa terlibat dalam penentangan melawan pasukan penjajah Israel di kampung Umm Safa di utara Ramallah harini.

Menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan Palestin, kedua-dua mangsa tersebut mengalami luka secara serius akibat tembakan peluru hidup oleh pasukan penjajah Israel di kepala dan perut, dan sempat dibawa ke Hospital Pakar Umm Safa, sebelum doktor mengumumkan kematian salah seorang dari mereka.

Penduduk tempatan turut menyatakan, beberapa mangsa lain juga mengalami kecederaan akibat terkena tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata semasa pergaduhan, yang berlaku setelah pasukan penjajah Israel menyerbu kampung tersebut.

Kawasan Umm Safa telah menghadapi serangan berterusan selama beberapa minggu oleh pasukan penjajah Israel sehingga banyak rumah dibakar, dan tembakan peluru hidup dilepaskan ke arah bangunan dan kawasan tempat tinggal warga awam.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,860
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....