000000
X
PALESTIN
Kementerian Luar Menuntut Campur Tangan Antarabangsa untuk Menghentikan Jenayah Israel
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
21 Julai 2023 | 8.05 pagi
RAMALLAH – Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat semalam menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan untuk menghentikan pencerobohan Israel yang berterusan terhadap rakyat, tanah, harta benda dan kesucian Palestin malah diharap dapat menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan akhbar, Kementerian Luar mengutuk penyerbuan kota Nablus malam tadi oleh pasukan tentera rejim dan pendatang haram Israel yang mengakibatkan pembunuhan Badr al-Masri, 19 tahun serta mengakibatkan kecederaan ramai yang lain.

Ia juga mengutuk pencerobohan pendatang haram ke dalam Masjid Al-Aqsa dan tapak keagamaan, arkeologi dan bersejarah di Tebing Barat, serta perobohan yang dilakukan oleh pasukan tentera rejim Israel di Kawasan C Tebing Barat yang  dijajah.

“Pelanggaran dan jenayah ini termasuk dalam skim penjajah dan pengembangan yang melemahkan sebarang peluang untuk mencapai sebuah Negara Palestin [merdeka], dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar menuntut kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran dan jenayahnya di seluruh Palestin yang dijajah serta menggesa campur tangan antarabangsa yang serius untuk memaksa rejim Israel menghentikan semua langkah unilateralnya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,224
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....