000000
X
PALESTIN
Israel Memulakan Pembinaan Pos Baharu Secara Haram di Timur Baitulmaqdis
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
21 Julai 2023 | 7.30 pagi
BAITULMAQDIS – Pendatang haram Israel semalam memulakan pembinaan pos penempatan haram penjajah di tanah milik kejiranan Palestin Al-Sawahreh, di sebelah timur Baitulmaqdis, menurut sumber tempatan.

Pos itu dirikan di atas tanah milik keluarga Palestin Abu Hussein, menurut penduduk kejiranan itu.

Mohammad Abu Hussein, salah seorang tuan tanah itu, memberitahu WAFA bahawa pemilik lain dan dia terkejut pagi semalam apabila mendapati sekumpulan pendatang haram Israel telah merampas tanah mereka dan membina struktur kediaman di sana dan menjadikan kawasan mainan untuk anak-anak mereka.

Lebih daripada 700,000 pendatang haram Israel tinggal di penempatan Yahudi di seluruh Tebing Barat yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Semua penempatan di seluruh Tebing Barat adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya artikel 49 Konvensyen Geneva Keempat, yang menetapkan bahawa kuasa penjajahan tidak boleh mengusir atau memindahkan sebahagian daripada penduduk awamnya sendiri ke wilayah yang dijajahinya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,321
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....