000000
X
PALESTIN
EU Sokong Pelarian Palestin Berikutan Pencerobohan Israel Pada Mei Lalu
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
20 Julai 2023 | 09.59 malam
Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian Palestin (UNRWA) hari ini mengumumkan sumbangan EUR 400,000 daripada Bantuan Kemanusiaan Kesatuan Eropah sebagai tindak balas kemanusiaan atas pencerobohan Israel pada Mei 2023 ke atas Gaza.

Sumbangan EU akan memberi manfaat kepada keluarga yang mengalami kerosakan tempat perlindungan sebahagian akibat peningkatan di Gaza, kata UNRWA dalam kenyataan akhbar. Ia juga bakal membantu keluarga ini memulakan jalan pemulihan untuk membina semula kehidupan mereka secepat mungkin.

Pesuruhjaya Eropah bagi Pengurusan Krisis, Janez Lenarcic berkata, “Kami bersolidariti dengan keluarga pelarian Palestin yang terjejas akibat keganasan di Gaza baru-baru ini. Sumbangan EU kepada UNRWA bertujuan membantu keluarga Palestin mendapatkan kestabilan dan membina semula kehidupan mereka”.

Menurut laporan Kluster Shelter, sebanyak 2,943 unit rumah telah rosak atau musnah, dengan 2,700 unit separa rosak tetapi masih boleh didiami.

UNRWA berkata matlamat awalnya adalah untuk membantu 1,890 keluarga, berjumlah kira-kira 10,584 penerima, dengan bantuan tunai kecemasan kira-kira EUR 196 setiap isi rumah, yang akan membolehkan keluarga menangani keperluan bantuan segera mereka.

"Ramai keluarga kehilangan tempat tinggal dalam perang baru-baru ini. Sokongan Kesatuan Eropah untuk UNRWA adalah penting untuk memberikan bantuan segera kepada keluarga Palestin kemampuan untuk terus hidup," kata Thomas White, Pengarah UNRWA di Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,671,290
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....