000000
X
PALESTIN
Peguam Farid Al-Atrash Menerima Ugutan untuk Menutup Suaranya
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
18 Julai 2023 | 10.47 pagi
  TEBING BARAT - Peguam Farid al-Atrash, pengarah Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia di selatan Tebing Barat, mengumumkan bahawa beliau telah menerima ugutan selepas menyangkal kenyataan jurucakap pasukan keselamatan bahawa tiada tahanan politik di penjara mereka. 

Peguam "Al-Atrash" dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya semalam, Isnin: Saya menerima ugutan berhubung ada pihak atasan yang akan berusaha untuk menutup suara saya dengan apa cara sekalipun. 

Pihak berkuasa mengamalkan penindasan terhadap aktivis yang menentangnya termasuk pendapat mereka mengenai kes rasuahnya serta menyangkal dakwaannya tentang kebebasan politik dan penangkapan.

Penangkapan aktivis dan wartawan Aqil Awada antara yang terbaru, namun beliau dibebaskan selepas tekanan dari media. Penangkapan itu dibuat selepas beliau menyangkal dakwaan jurucakap kerajaan tentang tahanan Politik di Tebing Barat. Dalam beberapa kes, pasukan keselamatan PA membunuh lawan dan aktivis politik, seperti yang berlaku dengan aktivis Nizar Banat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,605
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....