000000
X
PALESTIN
Pelampau Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
18 Julai 2023 | 2.57 petang
Pelampau Israel hari ini menceroboh Masjid Al-Aqsa dari pintu Mughrabi dengan dikawal ketat oleh polis Israel.

Menurut laporan daripada Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, puluhan pendatang Israel mengadakan lawatan di halaman masjid sambil membuat aksi yang provokatif. Mereka juga mengadakan acara ritual Talmud di kawasan Bab Al-Rahmah timur masjid.

Sejak dari pagi lagi, polis Israel telah dikerah ke kawasan masjid dan halamannya untuk memberi perlindungan kepada penceroboh masjid.

Manakala polis Israel terus memperketat kemasukan penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa dengan memeriksa identiti mereka dan menahan sebahagian daripada mereka di pintu luar masjid.

Penduduk Palestin disekitar masjid diseru untuk memperhebat jagaan dan ribat mereka di Masjid Al-Aqsa untuk melindunginya daripada pembahagian oleh tentera dan menghalang daripada peng’yahudi’an oleh Israel.

Pada setiap hari masjid yang diberkati ini diceroboh oleh pendatang Israel dengan mendapat kawalan yang ketat daripada polis Israel kecuali hari Jumaat dan Sabtu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,149
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....