000000
X
PALESTIN
Seorang Wanita Palestin Cedera Ditembak Tentera Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
16 Julai 2023 | 1.40 tengahari
Seorang wanita Palestin mengalami kecederaan apabila ditembak oleh tentera Israel di utara Ramallah.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup ke arah sebuah kenderaan ketika ia berada berhampiran dengan pusat pemeriksaan tentera.

Beberapa butir peluru mengenai kenderaan tersebut dan secara tidak langsung mengakibatkan wanita tersebut mengalami kecederaan. Serentak dengan tembakan tersebut, pertempuran turut dilaporkan tercetus di badnar Kafr Qaddum timur Qalqilya di antara pemuda Palestin dengan tentera Israel.  

Pasukan tentera melepaskan gas dan bom bunyi ke arah para pemuda dan mereka membalas kembali dengan membaling batu kearah pihak tentera.

Manakala di Baitulmaqdis pula tentera Israel telah membakar kira-kira 15 dunum tanah pertanian di sepanjang tembok apartheid di bandar Biddu, barat laut Baitulmaqdis yang dijajah.

Tentera Israel juga dilaporkan telah menangkap beberapa orang penduduk Palestin di bandar Silwan setelah mereka m

Seorang wanita Palestin mengalami kecederaan apabila ditembak oleh tentera Israel di utara Ramallah.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup ke arah sebuah kenderaan ketika ia berada berhampiran dengan pusat pemeriksaan tentera.

Beberapa butir peluru mengenai kenderaan tersebut dan secara tidak langsung mengakibatkan wanita tersebut mengalami kecederaan. Serentak dengan tembakan tersebut, pertempuran turut dilaporkan tercetus di badnar Kafr Qaddum timur Qalqilya di antara pemuda Palestin dengan tentera Israel.  

Pasukann tentera melepaskan gas dan bom bunyi kearah para pemuda dan mereka membalas kembali dengan membaling batu kearah pihak tentera.

Manakala di Baitulmaqdis pula tentera Israel telah membakar kira-kira 15 dunum tanah pertanian di sepanjang tembok apartheid di bandar Biddu, barat laut Baitulmaqdis yang dijajah.

Tentera Israel juga dilaporkan telah menangkap beberapa orang penduduk Palestin di bandar Silwan setelah mereka memukul dan menggeledah rumah mereka.

Selain itu, di bandar Silwan juga tercetus pertempuran antara penduduk dengam tentera akibat daripada tindakan tentera yang cuba untuk merobohkan rumah milik keluarga Al-Rajabi.

Pasukan tentera juga menyasarkan para penduduk dengan bom gas dan menyerang mereka dengan menggunakan kekerasan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,515
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....