000000
X
PALESTIN
Timbalan Pengarah Wakaf Islam Ditangkap
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
13 Julai 2023 | 12.34 tengahari
Pasukan tentera Israel telah menangkap timbalan pengarah wakaf Islam, Sheikh Najeh Bakirat selepas tentera menyerbu rumah beliau di bandar Sur Baher, Baitulmaqdis pada hari Rabu yang lepas.

Sheikh Najeh pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan keputusan kerajaan “Israel” untuk memindahkan beliau dari Baitulmaqdis, “Keputusan ini sangat bahaya dan ianya bermakna proses pemindahan ini adalah pemindahan yang sebenar dari Kota Baitulmaqdis.”

Najeh menegaskan bahawa belia tidak akan mematuhi keputusan tersebut tersebut dan tidak akan meninggalkan Baitulmaqdis. Walaubagaimana pun arahan pemindahan tersebut akan dapat mengusir keluar semua tokoh-tokoh yang penting dari Baitulmqadis.

Pada hari Selasa yang lepas, kerajaan “Israel” memutuskan untuk menyekat perjalanan ke atas imam dan khatib Masjid Aqsa iaitu Sheikh Ikrima Sabri selama 6 bulan,

Pejabat undang-undang Sheikh Ikrima berkata, pasukan tentera datang menyerbu ke rumah Sheikh Ikrima tanpa sebarang amaran dan pertimbangan terhadap kesihatan beliau lalu menyerahkan surat amaran tersebut dengan alasan bahawa perjalanan beliau akan menimbulkan ancaman kepada Israel.

Israel masih menjalankan rancangan mereka keatas Masjid Aqsa dan cuba untuk mengosongkan Baitulmaqdis daripada tokoh-tokoh yang berpengaruh melalui dasar pengusiran dan penangkapan seiring dengna meningkatnya keganasan serangan Israel keatas Masjid Aqsa itu sendiri. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,234
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....