000000
X
PALESTIN
Gantz : Netanyahu Sedang Memecah-Belahkan Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
13 Julai 2023 | 12.16 tengahari
Ketua kem pembangkang Israel Benny Gantz berkata bahawa pimpinan Israel ketika ini Benjamin Netanyahu telah “bermain api” berhubung sesuatu isu.

Mengulas mengenai pemilihan wakil Jawatankuasa Pemilihan Kehakiman di Knesset, Gantz berkata, “Netanyahu sedang membuat serangan yang strategik ke atas hubungan bersama Amerika Syarikat, ini berbahaya kerana sudah “bermain dengan api” dan boleh mengorbankan keselamatan Israel.”

Gantz berkata lagi, “Malangnya ahli gabungan Netanyahu yang lain nampaknya tidak bertanggungjawab. Kami mempunyai cabaran keselamatan yang mencabar di semua sempadan sama ada dekat atau jauh. Keadaan di utara sangat sensitif, ke”ganasan” menyerang kami manakala di Iran pula mereka sedang mengembangkan senjata dan keupayaan mereka.”

Beliau menegaskan lagi, “apa yang kita sedang lihat sekarang dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah keadaan seorang perdana menteri yang memutuskan untuk memecah belahkan Israel. Beratus ribu orang turun ke jalanan tetapi Netanyahu hanya merendah-rendahkan mereka, bukan memujuk mereka.”

“Malangnya Netanyahu tidak belajar dari masa silam atau yang terbaru. Strategi  Netanyahu adalah untuk demi kelangsungan politiknya sahaja dan merobek masyarakat “Israel” daripada dalam.”

Gantz menegaskan bahawa “Israel kini dipegang oleh pelampau seperti Ben Gvir dan Smotrich.” Kenyataan Gantz ini dibuat berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan Israel dengan anggota Polis Israel  sebagai protes untuk pindaan kehakiman.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,021
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....