000000
X
PALESTIN
Tentera Israel Giat Adakan Serbuan dan Tangkapan di Tebing Barat
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
11 Julai 2023 | 4.00 petang
Tentera Israel telah melancarkan operasi serbuan dan tangkapan di Tebing Barat pada malam Isnin yang lepas, dilaporkan seorang pemuda cedera akibat pergelutan kerana menjadi sasaran pihak tentera.

Manakala di Nablus seorang lagi pemuda cedera ringan apabila terkena peluru hidup di lehernya semasa pihak tentera mengadakan serbuan di kem pelarian Askar dan keadaan beliau dilaporkan stabil.

Pihak tentera juga telah menyerbu beberapa rumah di penempatan Askar baru dan telah menangkap beberapa orang penduduk Palestin yang telah dibebaskan antaranya Ashraf Abu Four dan Sulaiman Al-Kaabi di rumah mereka selepas tentera memusnahkan harta benda mereka.

Di Gunung Gerizim Nablus pula berlaku penentangan antara penduduk Palestin dengan tentera  apabila pihak tentera cuba menyasarkan kawasan tersebut dengan operasi mereka. Sementara itu di Pekan Awarta tenggara Nablus juga terdapat penentangan dalam kalangan pejuang Palestin ketika tentera Israel cuba untuk melakukan serbuan di tempat tersebut. 

Selain itu, pihak tentera Israel juga telah menyerbu beberapa rumah di Kampung Toura, barat daya Jenin, mereka menggeledah rumah mereka dan menyoal siasat penghuni rumah tersebut. 

Di Ramallah pasukan tentera telah menangkap dua orang pemuda iaitu Musallam Yusuf dan Muhammad Nasser selepas tentera mengadakan serbuan di rumah mereka di kem penempatan Jalazoun, utara bandar Ramallah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,975
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....