000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Mula Tindak Balas di Jenin
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
4 Julai 2023 | 11.57 tengahari
Briged Izzudin Al-Qassam di Tebing Barat telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memerangkap pasukan tentera Israel ke dalam serangan hendap mereka dan lantas menghujani musuh dengan peluru-peluru berhampiran di Masjid Ansar, Jenin.

Briged itu berkata lagi dalam  kenyataannya pada hari Isnin, “Kami mengisytiharkan bahawa ini adalah tanggungjawab kami untuk menjalankan misi jihad dan kami berikrar kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan demi rakyat Palestin untuk kami terus bergerak maju ke depan di atas jalan jihad dan perjuangan sehingga musuh kejam Zionis dapat dikalahkan dan dihalau dari tanah bertuah kita.”

Mereka turut mengarahkan kepada pejuang-pejuang mereka di Tebing Barat untuk ditempatkan di seluruh posisi Tebbing Barat dan Baitulmaqdis bagi menyerang kembali penjajah Zionis dengan segala cara yang ada. 

Briged itu mengesahkan bahawa mereka menyerahkan seemua pilihan kepada para mujahidin bagaimana cara untuk bertindak balas terhadap pencerobohan dan juga bagi mengekang pencerobohan yang berterusan keatas Jenin dan kawasan disekitarnya.

Mereka juga turut meyakinkan rakyat Palestin dan negara-negara Arab Islam bahawa perjuangan di Jenin berada dalam keadaan yang baik sahaja, kerana para mujahidin berjaya menangkis kekuatan musuh dengan keberanian dan kekuatan yang menyebabkan kehilangan dan kerugian terhadap para musuh.

Briged Al-qassam juga turut menghantar mesej kepada musuh dengan berkata, “Mesej kami kepada musuh adalah, kamu tidak akan meninggalkan Jenin di saat kamu memasukinya dan kamu akan dihancurkan dengan segala kekecewaan kamu dan akan dikalahkan dengan pukulan-pukulan daripada para mujahidin.”
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,530
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....