000000
X
PALESTIN
Perdana Menteri "Israel", Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk suatu tempoh masa selepas pemergian Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas, Netanyahu juga menolak sepenuhnya 'idea’ pembentukan kerajaan Palesti
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
26 Jun 2023 | 3.09 petang
Perdana Menteri “Israel”, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk suatu tempoh masa selepas pemergian Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas, Netanyahu juga menolak  sepenuhnya ‘idea’ pembentukan kerajaan Palestin.

Kenyataan oleh Netanyahu itu dirakam semasa mesyuarat tertutup Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Keselamatan Knesset pada Selasa yang lalu. 

Menurut agensi media Ibrani “Kan”, Netanyahu dipetik berkata, “Kami sedang bersiap sedia selepas hari Abu Mazen tiada. Kami masih memerlukan Pihak Berkuasa Palestin, kami tidak boleh biarkan ianya runtuh dan kami tidak mahu ia runtuh. Kami bersedia untuk membantunya dari segi ekonomi.”

Netanyahu menambah lagi, “Kami mempunyai kepentingan bersama Pihak Berkuasa Palestin untuk terus bekerja dan ianya juga bekerja untuk kepentingan kami, kami tidak berminat dengan kejatuhannya.”

Netanyahu menolak sekeras-kerasnya penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan mengatakan bahawa “aspirasi mereka untuk menjadi sebuah negara harus dipadam”.

Kepentingan Netanyahu bersama-sama Pihak Berkuasa Palestin bukanlah sesuatu yang baharu dan ini adalah perkara yang tidak mengejutkan, malah Netanyahu sendiri masih konsisten dengan pendirian ‘kerajaan’nya sekarang yang berasaskan pendatang dan disokong oleh parti sayap kanan perkauman dan agama Zionisme iaitu “Otzma Yehudit” yang diketuai oleh Bezalel Smotrich dan Itamar Ben Gvir.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,435
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....