000000
X
PALESTIN
Rakyat Bangkit Menentang Kekejaman Meningkat Dalam Masa 24 Jam
Oleh: Hanis Zakwan Zainal Abidin
9 Ogos 2022 | 11.45 AM
TEBING BARAT - Usaha penentangan rakyat Palestin semakin meningkat di kawasan Tebing Barat dalam masa 24 jam dan antaranya kejadian berbalas tembakan di Silwad, Ramallah dan Jabal Jerem di Nablus.

Penentangan ke atas anggota rejim penjajah Israel dengan membaling batu telah berlaku di 18 kawasan serata Tebing Barat.

Seorang peneroka Yahudi yang cedera akibat balingan keretanya di Kampung Hosan di bandar Bayt Lahm.Kejadian tersebut menjadi pencetus pergaduhan besar sehingga ke kawasan Masjid Bilal bin Rabah.

Pergaduhan terus melebar ke Barat Baitul Maqdis. Pemuda Hayya Al Tur bangkit menunjuk perasaan atas kekejaman yang berlaku.

Usaha penentangan dan konfrontasi dengan anggota rejim di Ramallah berlaku di 5 kawasan. Ia berlaku di Burqa, Ras Karkar, Dir Dibwan yang berdekatan dengan penempatan di Besujun, termasuklah kejadian tembakan yang berlaku di Silwad.

Berdekatan dengan dinding pemisah di Tulkarem, konfrontasi yang sama berlaku, termasuklah di pos pemeriksaan di Ainaf.

Di Nablus, Jabal Al-Nar, Pejuang Palestin melepaskan tembakan kepada anggota rejim Israel yang berada berdekatan dengan Jabal Jarizim, manakala satu penentangan yang ganas berlaku di pos pemeriksaan Hawara.

Sebahagian penentangan berlaku di Jenin, di kawasan Ya’bad dan Rummanah yang mana batuan di baling ke arah anggota rejim yang lengkap dengan persenjataan berat.

Penentangan juga berlaku di Azzoun di daerah Qilqiya, kem Uqbah Jabr di daerah Ariha, Bayt Amar, Bayt Kahil, Bayt Ainun, dan Bab Al-Zawiya di Khalil. – The Palestinian Information Centre
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,358
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....