000000
X
PALESTIN
Perdana Menteri Menggesa EU Bertindak Serius untuk Menghadapi Dasar Penempatan Haram Israel
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
23 Jun 2023 | 2.30 petang
RAMALLAH – Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh semalam menggesa Kesatuan Eropah untuk mengambil tindakan serius bagi menghadapi dasar perkauman Israel berhaluan kanan terutama dalam dasar pembinaan dan pengembangan penempatan haram.

Gesaan Shtayyeh dibuat dalam pertemuan dengan duta, konsul dan wakil negara Kesatuan Eropah ke Palestin sebagai sebahagian daripada dialog Palestin-Eropah di pejabat Perdana Menteri di Ramallah.

Semasa pertemuan itu, Shtayyeh menegaskan bahawa kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya dengan membenarkan pendatang haram Yahudi menyerang Palestin di bawah perlindungan tentera rejim.

“Pelabelan barangan tempatan masih tidak mencukupi, tetapi terdapat usaha memboikot barangan tempatan di pelbagai peringkat politik, ekonomi dan akademik,” kata Perdana Menteri.

Beliau menggesa "pendatang haram yang telah disenarai hitamkan perlu disabitkan dengan tindakan keganasan terhadap rakyat Palestin malah langkah-langkah perlu diambil untuk menghalang pendatang haram warga Eropah daripada mewujudkan penempatan haram."

Shtayyeh menggesa negara-negara Eropah untuk mengiktiraf Negara Palestin di sempadan 4 Jun 1967 dengan melindungi penyelesaian dua negara namun Israel telah memusnahkannya dengan langkah terancang.

Beliau juga menyeru misi Eropah serta institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Palestin untuk memainkan peranan memantau ke atas jenayah tentera rejim dan pencabulan yang dilakukan oleh tentera dan pendatang haram terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkata: "Kami dan Eropah percaya kepada penyelesaian dua negara dalam proses politik yang membawa kepada menamatkan penjajahan dan menubuhkan negara Palestin malah terdapat persetujuan untuk menghidupkan semula Inisiatif Keamanan Arab sebagai asas untuk penyelesaian ini."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,215
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....