000000
X
PALESTIN
Pendatang Haram Yahudi Bina Enam Rumah Bergerak atas Tanah Rakyat Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
22 Jun 2023 | 3.20 petang
NABLUS - Awal pagi Khamis, pendatang haram Yahudi yang mendapat sokongan tentera rejim mendirikan enam rumah bergerak secara haram di tanah persendirian Palestin di kampung al-Lubban al-Sharqiya, di jalan yang menghubungkan Ramallah dan Nablus di utara Tebing Barat.

Wartawan WAFA berkata jentolak tentera Israel meratakan tanah di kawasan itu untuk menyediakannya bagi membina pos berhadapan penempatan itu. Tanah itu dimiliki oleh Mousa al-Abd Aweis, Abdel-Rahim Noubani, dan Ahmad Mahmoud Aweis.

Pembinaan pos baharu itu berdekatan kawasan beberapa orang Yahudi terbunuh oleh pejuang Palestin. Kerajaan Israel memutuskan untuk membina pos penempatan baru sebagai hukuman terhadap rakyat Palestin.

Tujuh pos penempatan haram sudah wujud di kawasan yang sama dan termasuk penempatan Eli, Ma'ale Levonah dan Shilo, yang bersama-sama membentuk blok penempatan besar di tengah-tengah Tebing Barat sekali gus memisahkan antara utara dan selatan Tebing Barat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,665
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....