000000
X
PALESTIN
Dua Beranak Maut di Jenin
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
20 Jun 2023 | 3.27 petang
Menurut laporan daripada Hospital Rafidia di Nablus, seorang penduduk Palestin bernama Amjad Aref Al-Jaas dilaporkan maut akibat terkena tembakan daripada tentera Israel ketika pertempuran di Jenin semalam hari Isnin. 

Dengan kesyahidan Amjad, bilangan orang yang dilaporkan telah syahid akibat pencerobohan tentera Israel ke atas Jenin meningkat kepada enam orang termasuk seorang kanak-kanak, manakala 100 orang mengalami cedera dan 22 daripadanya cedera parah atau kritikal.

Kumpulan Tindakan Nasional dan Islam di Jenin mengumumkan pengebumian Amjad hari ini selepas beliau akan tiba dari Hospital Rafidia di Nablus.

Sementara itu, anak lelakinya Wassim juga dilaporkan turut terbunuh dan mati syahid ketika pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh tentera Israel pada 25 Januari awal tahun ini di Jenin, 9 orang penduduk dilaporkan terbunuh pada kejadian itu. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,563
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....