000000
X
PALESTIN
Fatwa Penentangan Penyertaan dalam Pilihan Raya Perbandaran Israel - Majlis Fatwa Tertinggi
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
16 Jun 2023 | 12.31 tengahari
BAITULMAQDIS - Majlis Fatwa Tertinggi Islam di Palestin hari ini mengeluarkan fatwa yang melarang penyertaan, baik sebagai calon mahupun pengundi, dalam pilihan raya perbandaran Israel di Baitulmaqdis akan datang.

Majlis Fatwa berkata, penyertaan dalam pilihan raya adalah pelanggaran nilai yang jelas dan eksplisit serta konsensus nasional menolak penyertaan ini kerana majlis perbandaran itu adalah cabang pihak berkuasa rejim Israel yang terlibat dalam membina penempatan haram dan Yahudisasi di Palestin malah membuat keadaan hidup rakyat Palestin sangat sukar.

Kebanyakan daripada 350,000 rakyat Palestin Baitulmaqdis telah menolak Yahudisasi Israel ke atas bandar mereka sejak penjajahannya pada tahun 1967 dan telah memboikot pilihan raya perbandarannya kerana mereka tidak mengiktiraf kuasa atau kedaulatannya di bandar yang yang telah dijajah Israel. Selepas Israel menjajah bahagian timur bandar itu, ia mengklasifikasikan rakyat Palestin sebagai penduduk dan menganggap mereka sebagai penduduk kelas kedua atau ketiga, sementara menjadikan sebahagian besar tanah Baitulmaqdis Timur menjadi penempatan haram bagi orang Yahudi yang mengakibatkan masalah perumahan utama bagi rakyat Palestin.

Majlis itu, dalam sesinya yang diketuai oleh Mufti Besar Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin, Pengerusi Majlis Fatwa Tertinggi, Sheikh Mohammad Hussein, turut memberi amaran terhadap rancangan Israel untuk mengemukakan draf rang undang-undang bagi membahagikan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis, masjid ketiga paling suci dalam Islam, antara orang Islam dan Yahudi di mana kawasan Masjid al-Qibli akan diperuntukkan kepada orang Islam, dan kawasan yang bermula dari halaman Dome of the Rock hingga ke bahagian paling utara halaman Al-Aqsa untuk orang Yahudi, yang membentuk kira-kira 70% daripada kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa yang berdinding.

"Percubaan pihak berkuasa rejim untuk melaksanakan langkah ini akan menyebabkan kemarahan besar dan akan mengheret seluruh wilayah itu ke dalam peperangan agama dengan keputusan yang tidak menentu," katanya sambil menyeru umat Islam yang boleh sampai ke Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa mampu hadir pada setiap masa untuk mempertahankannya daripada rancangan pihak berkuasa rejim Israel.

Majlis menambah bahawa rancangan dan penyerbuan setiap hari ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Yahudi fanatik hanyalah kesinambungan daripada usaha Yahudisasi yang mensasarkan Baitulmaqdis dan Masjidnya untuk mencipta fakta baru di lapangan, menekankan penolakan rancangan dan pelanggaran ini oleh pihak berkuasa rejim dan polis dan bahawa Masjid Al-Aqsa akan kekal sebagai tapak suci Islam.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,449
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....