000000
X
PALESTIN
Israel Menutup Fail Kematian Omar Asaad- Kementerian Luar
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
15 Jun 2023 | 8.45 pagi
  RAMALLAH - Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat semalam mengecam keputusan pihak pendakwaan Israel untuk menutup siasatan kes kematian warga emas Palestin-Amerika Omar Abdel-Majid Asaad, dari kampung Jaljilia, utara Ramallah. Kes berkenaan ditutup dengan jaminan beberapa langkah disiplin dan teguran terhadap tentera yang terlibat dalam pembunuhannya. Kementerian Luar Negeri menyifatkan keputusan itu sebagai jenayah dan menyeru pentadbiran AS untuk menyiasat perkara berkenaan.

Kementerian Luar menganggap, dalam satu kenyataan akhbar, bahawa menutup fail jenayah ini “adalah lanjutan daripada dasar rasmi Israel yang diikuti oleh pendakwaan, mahkamah, dan jawatankuasa siasatan Israel yang dibentuk oleh negara penjajah untuk mengelirukan negara, masyarakat antarabangsa serta pendapat umum global untuk memberi gambaran bahawa terdapat penyiasatan Israel terhadap jenayah yang sedang dilakukan oleh tentera rejim namun berakhir dengan pembebasan pelaku, penyembunyian bukti dan penyediaan pintu melarikan diri bagi pegawai politik dan tentera yang memberi arahan untuk memudahkan pembunuhan rakyat Palestin.”

Kementerian Luar negeri menambah "isu ini membuktikan sekali lagi bahawa sistem kehakiman, pendakwaan dan mahkamah di Israel adalah sebahagian daripada tipu helah rejim Israel dengan mengambil kira bahawa majoriti jenayah diabaikan dan tiada siasatan dijalankan ke atas keadaan mereka.”

Kementerian menyeru pentadbiran AS untuk menyiasat jenayah ini, memandangkan Asaad adalah warganegara Amerika malah turut menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mempercepatkan siasatannya terhadap jenayah rejim Israel untuk bertanggungjawab dan mendakwa penjenayah perang Israel dan mereka yang berada di belakang mereka.

Asaad, 80, meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi 12 Januari 2022, selepas tentera memberhentikan keretanya di luar kampungnya, menariknya keluar dari kereta, menutup mata dan menggarinya, menyeretnya sejauh beberapa meter, dan meninggalkannya di dalam sebuah bilik di atas lantai pada malam yang sejuk bersama empat orang lain yang ditahan pada malam yang sama.

Selepas tentera meninggalkan kawasan itu, beberapa jam kemudian, penduduk datang mencarinya dan mendapati dia mati di lokasi di mana dia ditahan dan dianiaya oleh tentera, serta meninggalkannya di sana setelah mengetahui bahawa dia sudah mati.

Pihak pendakwaan tentera Israel memutuskan semalam untuk menutup fail penyiasatan kematian Asaad tanpa meletakkan tanggungjawab terhadap mana-mana askar.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,838
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....