000000
X
PALESTIN
Lebih Separuh Tanah yang Dirampas Dijadikan Kawasan Pembinaan Penempatan Pendatang Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
14 Jun 2023 | 3.32 petang
Laporan daripada Israel hari ini mendedahkan bahawa lebih daripada aseparuh tanah yang dirampas di Tebing Barat oleh pihak tentera Israel digunakan untuk tujuan awam bagi pihak pendatang Israel.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh organisasi Kerem Navot dan Hakal yang merupakan pakar dalam bidang penyelidikan tanah mendedahkan, tanah-tanah yang dirampas itu digunakan untuk tujuan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya tetapi pada masa perintah rampasan tanah ini dikeluarkan, sebanyak 4 penempatan turut diserahkan kepada para pendatang ini.

Daripada laporan tersebut, seperti mana yang telah dilaporkan didalam akhbar Ibrani “Haaretz”, bahawa hanya 2% daripada semua tanah yang dirampas di Tebing Barat itu digunakan untuk manfaat penduduk Palestin. Ini menunjukkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi beberapa tahun lalu membenarkan untuk merampas tanah-tanah tersebut demi keperluan awam.

Menurut laporan itu, sejak tahun 2022 sahaja, sebanyak 313 perintah telah dikeluarkan untuk merampas tanah bagi kononnya tujuan awam, ianya meliputi seluas kira-kira 74 ribu dunum.

Banyak data yang telah memantau laporan itu menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara bilangan perintah rampasan tanah dengan peningkatan dalam pembinaan penempatan bagi pendatang Israel, ianya menyatakan bahawa kebanyakan perintah yang dikeluarkan antara tahun 1977 sehingga 1984 membentuk sebanyak 56% daripada 179 perintah yang dikeluarkan setakat ini dan data itu menunjukkan sebanyak 70 pembinaan penempatan telah dibina sejak antara tahun-tahun tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,654,557
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....