000000
X
PALESTIN
5 Orang Nelayan Palestin Ditangkap Tentera Laut Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
14 Jun 2023 | 3.13 petang
Tentera laut Israel hari ini menangkap beberapa orang nelayan warga Palestin daripada laut di utara Semenanjung Gaza.

Menurut wartawan daripada agensi Shehab, sebuah bot tentera laut mengepung sebuah bot nelayan di perairan dan menangkap nelayan tersebut yang berjumlah 5 orang semuanya. Mereka dibawa ke pelabuhan Ashdod pada awal pagi tadi.

Nelayan-nelayan yang ditangkap antaranya ialah, Muhammad Omar, Jihad Mahmood, Zakariya Muhammad, Hassan Fadl dan Saddam Majid. 

Selain itu, tentera laut Israel juga telah menembak seorang nelayan Palestin yang sedang menangkap ikan di laut seehingga menyebabkan kecederaan pada beliau dan kerosakan pada botnya. 

Tentera laut sering menganggau nelayan warga Palestin pada setiap hari dengan menembak kearah mereka untuk menghalang mereka dari mencari rezeki. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,395
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....