000000
X
PALESTIN
HAMAS - Rejim Zionis Bertanggungjawab Sepenuhnya atas Jenayah yang Dilakukan
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
12 Jun 2023 | 9.57 pagi
PALESTIN - Gerakan Kebangkitan Islam "HAMAS" menganggap rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyebarkan jenayah di wilayah yang dijajah sejak tahun 1948. HAMAS menyeru rakyat Palestin untuk melindungi keamanan awam dan perpaduan nasional mereka dalam menghadapi rancangan Zionis fasis. 

HAMAS dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad: "Kami mengikuti dengan penuh kebimbangan siri pembunuhan dan jenayah dalam kalangan rakyat kami di wilayah yang dijajah sejak tahun 1948, yang telah mengakibatkan lebih daripada seratus mangsa sejak awal tahun ini dengan pengabaian yang disengajakan dan pihak berkuasa rejim tidak campur tangan untuk menghalang mereka, sebaliknya berdiam diri." 

Mengenai kemasukan dan penyebaran senjata dalam kalangan kumpulan jenayah terancang dan penglibatan perkhidmatan keselamatan Zionis di dalamnya, dengan tujuan melemahkan kekuatan sosial rakyat Palestin dan memecah-belahkan kewujudan mereka dengan menyebarkan huru-hara dan keganasan dalam kalangan masyarakat. 

HAMAS menyeru media rakyat Palestin untuk segera mengaktifkan peranan kebangsaan dan agama mereka untuk mencegah peningkatan jenayah ini, dan tidak memberi peluang untuk Zionis yang menyasarkan perpaduan rakyat serta mengambil langkah dan pendekatan kebangsaan dan masyarakat yang perlu untuk mencegah jenayah dan menyebarkan keamanan awam untuk memelihara kewujudan rakyat dan identiti Palestin di tanah yang disirami peluh dan darah. 

Pergerakan itu menegaskan bahawa masyarakat Palestin di kawasan yang dijajah bertahun-tahun telah membentuk perisai yang melindungi identiti, perjuangan nasional Palestin dan kesucian Islam dan di tengah-tengahnya terdapat Masjidil Aqsa, di mana orang-orang kita di dalamnya mempunyai kepimpinan dan keutamaan dalam menyahut seruan Al-Aqsa, mempertahankan dan melindunginya daripada bahaya Yahudi dan perpecahan.

Inilah yang disedari oleh Zionis, lalu mereka berusaha untuk menyasarkan umat kita dan perpaduan nasional mereka dengan menyebarkan jenayah dan huru-hara. 

Hamas mengesahkan sokongan penuhnya terhadap semua usaha yang bertujuan untuk menghentikan tindakan luar ini terhadap rakyat Palestin dengan menekankan perpaduan rakyat dalam mempertahankan projek nasional Palestin dan menubuhkan negara Palestin merdeka kita dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu kotanya. Pergerakan itu turut berdukacita dan simpati kepada mangsa dengan menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,974
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....