000000
X
PALESTIN
Hamas Gesa Kanak-kanak Palestin Dilindungi Daripada Keganasan Israel
Oleh: Rusydan Yusup
6 Jun 2023 | 1.50 tengahari
Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada hari  Ahad menggesa kanak-kanak Palestin dilindungi daripada keganasan dan pencabulan hak mereka oleh penjajah Israel.

Menurut kenyataan Hamas pada 4 Jun iaitu Hari Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Mangsa Pencerobohan Kanak-kanak Tidak Berdosa, pergerakan itu meletakkan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak Palestin kepada kumpulan politik, kumpulan kemanusiaan dan hak asasi manusia, serta negara dan rakyat bebas.

"Kumpulan hak asasi manusia dan semua pertubuhan bebas dan individu harus bertindak untuk mendedahkan jenayah dan pencabulan penjajah Israel terhadap kanak-kanak Palestin dan berusaha ke arah menamatkan keganasan sistematik seperti itu dan mendakwa pelakunya di hadapan mahkamah antarabangsa," kata Hamas. "Hari antarabangsa ini harus mengingatkan dunia sekali lagi tentang penderitaan, penindasan dan pencabulan yang berterusan yang dialami oleh kanak-kanak Palestin akibat pencerobohan Israel."

Sejak awal tahun ini, tentera penjajah Israel telah membunuh 28 orang kanak-kanak Palestin dan menahan berpuluh-puluh di seluruh wilayah yang diduduki.

“Lebih-lebih lagi, akibat kepungan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, kanak-kanak Palestin dinafikan akses kepada rawatan perubatan, makanan dan ubat-ubatan,” jelas Hamas.

"Penjajah Israel menyasarkan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis yang dijajah melalui penculikan, penahanan, tembakan maut dan penangkapan, dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia," lanjut Hamas.

Memetik kumpulan hak asasi manusia, pergerakan itu menunjukkan bahawa terdapat lebih 166 orang kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel, enam daripadanya ditahan di bawah tahanan pentadbiran tanpa pertuduhan mahupun perbicaraan. Di dalam penjara, kanak-kanak Palestin terdedah kepada bentuk penyeksaan fizikal dan psikologi yang paling keji. "Ini adalah pelanggaran nyata terhadap semua konvensyen, norma dan undang-undang antarabangsa."

Kesunyian antarabangsa yang berterusan terhadap pencabulan Israel terhadap kanak-kanak Palestin, ditambah pula dengan dwisandard terhadap perkara sedemikian, memberi penjajah Israel lampu hijau untuk mengamalkan keganasan selanjutnya terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah, Hamas menyimpulkan. 

Pergerakan tersebut turut menyeru agar kanak-kanak Palestin "dilindungi daripada pencerobohan dan keganasan Israel; dibebaskan dari penjara Israel; dan dibenarkan untuk mempunyai zaman kanak-kanak dengan aman dan bermaruah seperti kanak-kanak lain di seluruh dunia."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,573
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....