000000
X
PALESTIN
Pihak Berkuasa Tempatan Meluluskan Pelan Rampasan Tanah Untuk Perluasan Penempatan Haram
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
5 Jun 2023 | 7.56 pagi
PALSETIN - Gabenor Salfit, Abdullah Kamil, mendedahkan skim rejim Zionis berkaitan penempatan haram dengan tujuan merampas lebih 10,000 dunum tanah pertanian di kawasan itu dengan matlamat perluasan penempatan haram.

Kamil berkata, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Ahad, bahawa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan keputusan melalui Majlis Perancang Tertinggi  untuk merampas tanah milik bandar Al-Zawiya, Deir Ballut, Rafat dan Masha barat dari Gabenor Salfit dan Qalqilya. Keputusan berkenaan juga membenarkan pemindahan mereka ke kawasan Perindustrian dan pelancongan, unit penempatan serta jalan yang menghubungkan penempatan haram.

Kamil menambah, berdasarkan apa yang dinyatakan dalam pelan terperinci yang dikeluarkan oleh rejim Zionis, zon perindustrian baharu akan ditubuhkan di bawah nama "Shaar Hashomaron" dan "Nahal Rabah", di atas 4 ribu dunum tanah pertanian, rangkaian jalan raya, sebuah tanah perkuburan dan tempat awam, dan pembesaran dan penghubung penempatan haram "Qena". Dengan penempatan Oranit, sebagai tambahan kepada penubuhan unit penempatan haram baru, rangkaian jalan raya dan stesen pam kumbahan, di tanah Rafat, Masha serta Sinria (milik Qalqilya). 

Kamil menyeru orang ramai terutama petani untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa rasmi yang diwakili oleh majlis perbandaran dan kampung, Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Awam, Pihak Berkuasa Penentangan Tembok dan Penempatan dan pelbagai pihak berkuasa undang-undang, untuk mengemukakan bantahan yang diperlukan bagi menyekat jalan ke rancangan pengyahudian.

Beliau menegaskan bahawa amalan rejim Zionis ini adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi kesahihan antarabangsa yang terang-terangan, yang paling utama ialah Resolusi Majlis Keselamatan No. 2334, dengan menyatakan bahawa dasar penempatan haram, sama ada membina atau mengembangkan penempatan, merampas tanah atau memindahkan penduduk Palestin adalah haram, ditolak dan dikutuk. 

Kamil menyeru masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas untuk menekan rejim Israel supaya menghentikan amalan dan dasar penempatan haramnya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,909
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....