000000
X
PALESTIN
112 Kematian, 4229 Kecederaan Direkodkan di Tebing Barat
Oleh: Rusydan Yusup
4 Jun 2023 | 9.44 pagi
Israel telah membunuh 112 rakyat Palestin di Baitul Maqdis Timur dan Tebing Barat sejak awal 2023, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata bahawa tentera Israel membunuh 112 rakyat Palestin di BaituMaqdis Timur dan Tebing Barat dari awal tahun hingga 29 Mei. Manakala bilangan yang mengalami kecederaan berjumlah 4,229 orang.

Selain itu, pendatang haram Yahudi melakukan 409 serangan terhadap rakyat Palestin dengan 5 orang terbunuh dan 105 yang lain cedera, menurut laporan itu.

Dalam pada itu, rumah bagi 575 orang penduduk Palestin di Baitul Maqdis Timur dan Tebing Barat telah dimusnahkan oleh tentera Israel, tambah laporan itu.

Semasa demonstrasi Palestin di wilayah Israel dan Palestin, 18 warga Israel terbunuh dan 111 yang lain cedera.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,046
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....