000000
X
PALESTIN
Israel Pertimbang Sekat Pembiayaan Asing untuk NGO
Oleh: Rusydan Yusup
28 Mei 2023 | 8.02 pagi
Kerajaan Israel sedang mempertimbangkan rang undang-undang yang bertujuan untuk mengenakan sekatan ke atas pembiayaan asing untuk NGO, lapor media tempatan semalam.

Menurut laporan media, rang undang-undang itu menyatakan bahawa mana-mana kumpulan bukan untung yang terlibat dalam advokasi awam dua tahun sebelum atau selepas menerima derma daripada kerajaan asing akan kehilangan statusnya sebagai institusi awam dan tidak lagi layak untuk pengecualian cukai. Di samping itu, badan bukan untung tersebut akan dikenakan cukai pendapatan sebanyak 65 peratus.

Laporan itu menunjukkan bahawa banyak pertubuhan di Israel dan wilayah Palestin bergantung kepada pembiayaan asing, dan rang undang-undang yang dicadangkan itu boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk beroperasi.

Undang-undang itu, yang digubal oleh ahli Parti Likud (parti pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu), Ariel Kallner, akan dibawa ke hadapan Jawatankuasa Perundangan Menteri peringkat tinggi Knesset pada Ahad.

Kallner berkata matlamat cukai itu adalah untuk "menghalang kepentingan asing daripada mendapat kelebihan."

Kallner menuduh negara-negara Eropah sengaja menjejaskan kepentingan Israel melalui aktiviti pembiayaan mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,838
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....