000000
X
PALESTIN
42 Rumah Telah Dirobohkan, 108 Orang Maut Sejak Awal Tahun di Tebing Barat
Oleh: Rusydan Yusup
24 Mei 2023 | 1.50 tengahari
Israel telah merobohkan 42 bangunan milik Palestin di Baitul Maqdis dan Tebing Barat, termasuk 17 rumah, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dalam laporan terbarunya. Perobohan terbaru berlaku dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini.

Sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal akibat perobohan itu, termasuk 23 orang kanak-kanak. Mata pencarian lebih 600 orang yang lain terjejas, kata OCHA.

Selain itu, 9 daripada bangunan itu disediakan oleh penderma sebagai sebahagian daripada bantuan kemanusiaan, termasuk sebuah sekolah. Bangunan-bangunan tersebut telah dirobohkan atas alasan ia tidak mempunyai permit pembinaan dan pengubahsuaian yang dikeluarkan oleh Israel, dedah laporan itu. 

Lesen bangunan sedemikian terkenal sukar dan sangat mahal untuk diperolehi oleh rakyat Palestin, dan jarang dikeluarkan dalam apa jua keadaan. Dengan keluarga yang semakin meningkat, rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis perlu sama ada memanjangkan kediaman mereka atau membina rumah baharu tanpa lesen.

Kebanyakan perobohan disasarkan di Kawasan C, yang berada di bawah kawalan penuh tentera Israel, termasuk sekolah yang dibiayai oleh penderma di Bethlehem. Sekolah ini mempunyai 5 bilik darjah dan lebih daripada 60 murid antara darjah satu dan empat.

Baki perobohan, menurut laporan itu, berlaku di Baitul Maqdis Timur, yang mengakibatkan pemindahan tujuh keluarga dengan 39 anggota, termasuk 22 kanak-kanak.

Israel menduduki Baitul Maqdis Timur semasa Perang Enam Hari 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980, dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sebagai tambahan kepada perobohan, laporan itu mengatakan bahawa dari awal tahun ini hingga 15 Mei, tentera Israel membunuh 108 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitul Maqdis Timur. Angka ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas iaitu hanya sebanyak 51 orang.

Laporan itu juga menyeru Israel untuk tindakan menghukum terhadap saudara-mara mereka yang dituduh melakukan jenayah. "Perobohan punitif adalah satu bentuk hukuman kolektif dan menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa, kerana ia menyasarkan keluarga pelaku serangan atau serangan yang didakwa," jelas OCHA.

Di bawah undang-undang antarabangsa, kedua-dua Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diduduki. Oleh itu, semua bangunan penempatan untuk peneroka Yahudi Israel adalah haram.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,708
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....