000000
X
PALESTIN
Serangan yang menggerunkan dari pejuang Palestin telah memaksa Israel bina tembok konkrit
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
24 Mei 2023 | 2.27 petang
Pagi Selasa semalam, wartawan tentera Israel Yediot Matan Tzuri mendedahkan suasana sebenar yang dialami oleh pendatang Israel di sebalik tembok Semenanjung Gaza apabila para tentera terpaksa membina tembok besar konkrit dan tiang tanah untuk menggagalkan cubaan daripada pihak pejuang daripada melancarkan peluru  anti-kereta kebal ke arah kereta kebal tentera dan kereta-kereta milik pendatang Israel. 

Wartawan tersebut menyatakan bahawa pihak berkuasa mereka di sebelah selatan memerintahkan tentera supaya membina lebih banyak lagi tembok selepas para tentera dipaksa memeriksa bahagian-bahagian yang didapati lemah. 

Ancaman ini dianggap besar oleh Israel kerana memberi kesan kepada kestabilan penduduk pendatang Israel dan juga pada masa yang sama memastikan keberkesanan kuasa untuk menghalang para pejuang Palestin. 

Walaubagaimanapun penduduk dikalangan pendatang Israel nyata kecewa dan tidak berpuas hati apabila pemerintah mereka di wilayah selatan iaitu Eliezer Toledano memutuskan supaya dibina tembok konkrit setinggi 9 meter dan sejauh 30 meter berhampiran dengan pintu masuk ke Nahal Ouz.

Mereka mengadu tentang saiz tembok konkrit yang terlalu besar di mana mereka merasakan kesempitan pada tempat tinggal mereka dan tidak dapat melihat pemandangan sekitar dengan lebih jelas. Tetapi, perkara yang paling nyata bagi mereka adalah tembok ini memberi petunjuk yang tidak baik kerana ianya menjejaskan sangkaan awam tentang keberkesanan sistem pencegahan tentera Israel daripada diserang pejuang Palestin. Malah mereka telah menghadapi kesukaran itu selama 22 tahun dan kesukaran itu semeakin meningkat sejak itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,120
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....