000000
X
PALESTIN
Warga emas Palestin maut ditembak, suspek masih misteri
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
23 Mei 2023 | 3.00 petang
Seorang lelaki warga emas berusia enam puluh tahun berasal dari bandar Lod dilaporkan terbunuh pagi tadi dalam kejadian tembakan di bandar Raml.

Petugas kesihatan ambulans melaporkan lelaki tersebut meniggal dunia di tempat kejadian akibat luka tembakan yang dialaminya. 

Polis tempatan membuka kertas siasatan dan sedang mengumpul bukti dan kenyataan daripada jenayah tersebut, tetapi tidak melaporkan sebarang tangkapan. Dengan kematian beliau, jumlah mangsa pembunuhan dikalangan mangsa Arab sudah mencapai 73 orang termasuk 6 wanita dan dua kanak-kanak sejak awal tahun 2023 ini.

Perlu diambil kira juga kebanyakan daripada kes pembunuhan ini, polis tidak pernah menangkap mana-mana suspek yang terlibat. 

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga pelaku jenayah percaya bahawa segala-galanya sudah dibenarkan. 

Selain itu, kebanyakan kes jenayah juga berkait rapat dengan dengan mereka yang bekerja berkaitan dengan riba dan pasaran gelap
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,099
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....