000000
X
PALESTIN
Menteri Israel Ancam Bunuh Pemimpin Tertinggi Hamas Yahya Sinwar
Oleh: Rusydan Yusup
19 Mei 2023 | 1.03 tengahari
Menteri Infrastruktur Negara, Tenaga, dan Air berhaluan kanan Israel, Yisrael Katz, mengancam untuk membunuh pemimpin tertinggi Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Yahya Sinwar, pada 'Perarakan Bendera' yang provokatif di Baitul Maqdis, lapor The New Arab.

Katz mengambil bahagian dalam perarakan itu dengan memakai selendang kelab bola sepak Israel, Beitar Jerusalem, yang terkenal dengan sifat perkauman dalam kalangan pasukan bola sepak Israel dan disokong oleh pertubuhan pengganas La Familia.

Katz dilaporkan mengancam pihak pejuang Palestin di Gaza dan pemimpin mereka dengan pembunuhan jika mereka berani menyasarkan perarakan itu, dengan berkata:

“(Pemimpin Hamas) Yahya Sinwar juga harus tahu bahawa jika dia berani berbuat demikian, nasibnya akan sama seperti rakan-rakannya dalam Jihad Islam,” merujuk kepada pembunuhan yang dilakukan oleh Israel semasa pengeboman terbaru ke atas Gaza.

Katz mengambil kesempatan daripada ucapan yang disampaikannya di hadapan pendatang haram Yahudi sayap kanan untuk menegaskan bahawa "kerajaan ini akan membuat pindaan kehakiman dan mengukuhkan Baitul Maqdis, tanah Israel dan rakyat Israel."

Ketegangan memuncak di Baitul Maqdis berikutan puluhan ribu pendatang haram Yahudi yang dijangka berarak melalui kawasan Palestin di Kota Lama Baitul Maqdis.

Menteri-menteri Israel lain turut mengambil bahagian dalam perarakan provokasi itu, termasuk Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben Gvir, Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, dan Menteri Pengangkutan Miri Regev.

Acara itu terkenal dengan adegan rakyat Israel melaungkan slogan perkauman seperti "Kematian Orang Arab" dan mengganggu rakyat Palestin ketika mereka berarak melalui Kota Lama.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,639
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....