000000
X
PALESTIN
Türkiye mengutuk keras penyerbuan Masjid Al-Aqsa oleh pelampau Yahudi
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
19 Mei 2023 | 8.32 pagi
TURKI - Kementerian Luar Turki mengecam keras semalam susulan penyerbuan Masjid Al-Aqsa oleh pelampau Yahudi di bawah perlindungan polis Israel. 

Menurut Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan: "Kami mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan oleh kumpulan Yahudi pelampau terhadap status quo sejarah di Haram al-Sharif sekali lagi dengan menyerbu Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel dan cubaan mencemari kawasan berkenaan." 

Kementerian Luar Turki memperbaharui gesaannya kepada kerajaan Zionis untuk tidak membenarkan tindakan provokatif tersebut malah perlu mengambil langkah tepat tanpa berlengah-lengah untuk melindungi status quo di tempat-tempat suci. 

Awal Khamis, ratusan pendatang haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa semasa sesi pagi, menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis. Serbuan hari ini bertepatan dengan sambutan pendudukan ulang tahun ke-56 pendudukan Baitulmaqdis Timur, menurut kalendar Ibrani. 

Pendatang haram yang mengambil bahagian dalam provokasi berkenaan menyerang rakyat Palestin dan kru akhbar berhampiran Pintu Damsyik di Baitulmaqdis. Perarakan itu disertai laungan slogan perkauman, termasuk "Kematian Orang Arab", dengan ketukan kuat di pintu rumah dan kedai di Kota Lama. 

Polis Israel mengumumkan pengerahan 3,200 anggotanya untuk mengamankan perarakan itu, yang bertepatan dengan ulang tahun ke-56 penjajahan Baitulmaqdis Timur pada 1967, menurut kalendar Ibrani.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,586
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....