000000
X
PALESTIN
Menjelang Perarakan Bendera: 800 Pendatang Haram Ceroboh al-Aqsa
Oleh: Rusydan Yusup
18 Mei 2023 | 9.36 malam
BAITUL MAQDIS -  Lebih 800 pendatang haram Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa awal Khamis, menjelang perarakan tahunan yang dipanggil "Perarakan Hari Bendera" oleh pihak Yahudi Ortodoks dan pendatang haram Yahudi, lapor agensi berita rasmi Palestin Wafa.

Menteri dalam kerajaan sayap kanan dan penggubal undang-undang Israel adalah antara mereka yang melakukan pencerobohan itu.

Menurut WAFA, bekas anggota Knesset kelahiran AS, Rabbi Yehuda Glick, mengetuai satu kumpulan pendatang haram Yahudi, termasuk menteri kanan Israel Yitzhak Wasserlauf.

Tindakan itu dibuat beberapa jam sebelum acara 'Perarakan Bendera', yang akan menyaksikan ribuan pendatang haram Yahudi berarak secara provokatif melalui Kuarters Muslim Kota Lama Baitul Maqdis.

Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan di Palestin 48 (Israel). Perarakan itu dilihat sebagai ancaman kepada gencatan senjata yang telah dicapai antara Gerakan Jihad Islam Palestin dan Israel pada hari Sabtu, selepas sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin terbunuh dalam empat hari serangan. pengeboman Israel ke atas Gaza yang terkepung.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,508
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....