000000
X
PALESTIN
13 orang penduduk Palestin ditangkap di tempat yang berasingan
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
17 Mei 2023 | 3.14 petang
Pasukan tentera Israel telah menangkap seramai 13 orang penduduk Palestin di kawasan berasingan pada hari ini waktu subuh tadi.

Menurut Pejabat Penerangan Tahanan, seorang lelaki bernama Mahmoud Al-Fawwaz telah ditangkap ketika beliau berada di rumahnya di daerah Jenin. 

Manakala tentera telah menangkap dua orang pelajar di kawasan kejiranan Kafr Saba. Kediaman mereka di Qalqilya telah diserbu oleh tentera Israel. 

Seorang lagi pemuda bernama Hamza turut ditangkap oleh tentera di rumah beliau di kawasan Jenin, lapor “media tahanan”.

Menurut kenyataan daripada tentera Israel, mereka telah menangkap beberapa orang dari perkampungan Silah Al-Harithiya dan Al-Yamoun di Jenin, juga dari Qarawat Bani Hassan di Silfit dan beberapa orang lain lagi dai kota Al-Bireh. Tentera mendakwa mereka menemui pelbagai senjata bersama para tahanan ketika tangkapan dibuat. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,514
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....