000000
X
PALESTIN
5 Langkah Penjajah Israel untuk Merobohkan Masjid Al-Aqsa
Oleh: Faris Zailani
16 Ogos 2022 | 1.53 PM
BAITUL MAQDIS - Sumber daripada Baitulmaqdis mendedahkan bahawa terdapat perancangan yang sedang dilakukan oleh penjajah Israel di Baitulmaqdis untuk melemahkan tembok Masjid Al-Aqsa.

Perancangan mereka untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa adalah berdasarkan 5 langkah utama. Yang pertama adalah mengosongkan tanah. Untuk melemahkan tembok masjid, mereka perlu mengosongkan tanah masjid untuk bersiap sedia menghadapi keruntuhan tanah masjid.

Langkah kedua adalah meneruskan penggalian di bawah tanah masjid Al-Aqsa. Penggalian ini telah berlangsung selama beberapa tahun, akibatnya adalah berlaku beberapa kelemahan dan kerosakan sepanjang 30 meter pada dinding tembok masjid di bahagian selatan masjid.

Langkah ketiga untuk mencapai tujuan jahat mereka adalah dengan menghalang sebarang percubaan untuk membaiki dinding masjid.

Usaha untuk menghalang sebarang percubaan untuk memulihkan tembok masjid akan membawa kepada keruntuhan dinding masjid. Dan itu merupakan langkah keempat mereka.

Kawasan selatan dan barat daya masjid sering menghadapi keruntuhan kecil batu-bata pada dinding masjid. Ini adalah disebabkan penggalian yang berterusan oleh penjajah Israel untuk menembusi ke dalam bahagian masjid.

Perancangan terakhir pihak penjajah Israel adalah dengan membiarkan dinding tersebut runtuh dengan sendirinya terutamanya pada bahagian dinding lama Masjid Al-Aqsa. Keruntuhan tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. – Shehab News
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,625,714
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....