000000
X
PALESTIN
Berpuluh-puluh penjajah Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
17 Mei 2023 | 3.00 petang
BAITUL MAQDIS - Berpuluh-puluh penjajah Israel telah menyerbu Masjid Al-Aqsa yang dirahmati  hari ini, Rabu, dari arah Pintu Mughrabi, di bawah jagaan dan perlindungan polis Israel.

Para penjajah Israel memperhebatkan lagi penyerbuan keatas kesucian Masjid Al-Aqsa sejak awal pagi lagi dalam bentuk kumpulan-kumpulan, secara berturut-turut, dan mereka telah melakukan ritual Talmud di pintu-pintu dan halaman-halaman masjid.

Polis Israel sanagt memuliakan kehadiran orang-orang mereka di dalam Masjid Al-Aqsa dan di pintu-pintunya, dan mereka telah melakukan pemeriksaan kad pengenalan serta menyekat kemasukan pendatang ke dalam masjid.

Perlu diperhatikan bahawa pihak berkuasa Israel telah memperhebatkan langkah ketenteraan mereka di bandar Baitulmaqdis yang dijajah, di mana mereka melancarkan kempen penangkapan semalam, dan mengeluarkan berpuluh-puluh perintah pengusiran dari kota Baitulmaqdis, sebagai persediaan untuk perarakan provokatif Israel yang telah dijadualkan esok, pada hari Khamis.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,336
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....