000000
X
PALESTIN
Perdana Menteri Shtayyeh menyeru Jerman mengiktiraf Negara Palestin
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
17 Mei 2023 | 2.30 petang
Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh hari ini menyeru Jerman mengambil inisiatif mengiktiraf Negara Palestin.

Semasa pertemuan dengan delegasi parlimen Jerman di pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki, Perdana Menteri Shtayyeh menggesa Jerman mengambil inisiatif untuk mengiktiraf Negara Palestin sebagai satu cara untuk mengekalkan penyelesaian dua negara yang sedang dijalankan secara sistematik. Dan Israel ingin memusnahkan perkara itu dengan sengaja.

Selepas memberi taklimat kepada delegasi mengenai perkembangan politik terkini mengenai wilayah yang diduduki serta pelanggaran Israel yang berterusan, Perdana Menteri Shtayyeh memberi amaran bahawa jika Israel tidak membayar dengan harga yang tinggi untuk penjajahan haramnya di wilayah Palestin ini, adalah mustahil untuk mencapai  penyelesaian antara dua negara itu.

Beliau memperbaharui gesaannya bahawa masyarakat antarabangsa harus menekan Israel untuk menghentikan semua Langkah yang tidak adil yang berat sebelah, serta menggesa Israel mematuhi perjanjian yang ditandatangani, termasuk membenarkan pilihan raya diadakan di Baitulmaqdis dan memastikan rakyat Palestin Baitulmaqdis dapat bertanding sebagai calon dan membuang undi mereka dalam mana-mana pilihan raya akan datang. 

Beliau membuat kesimpulan dan memuji Jerman kerana menyokong Palestin dalam pelbagai sektor dan untuk pendiriannya yang konsisten dalam menyokong penyelesaian dua negara.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,262
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....