000000
X
PALESTIN
Pejuang Palestin Rekod 26 Aktiviti Penentangan dalam Tempoh 24 Jam
Oleh: Rusydan Yusup
17 Mei 2023 | 11.41 pagi
Pergerakan pihak pejuang meningkat di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu, apabila 26 tindakan penentangan direkodkan. Pusat Maklumat Palestin, "Maata" merekodkan 6 tembakan dilepaskan, 4 bahan letupan diletupkan, kenderaan tentera rosak, pendatang haram Yahudi diserang, kenderaan musnah, selain tercetusnya konfrontasi di 13 kawasan.

Pertempuran meletus dengan pihak penjajah di al-Mughayyir, al-Bireh, dan makam Nabi Saleh di kota Ramallah,begitu juga di Qabatiya, Gilboa, dan kem pelarian Jenin, serta di Burin, Nablus, Ariha (Jericho), Betlehem, dan Hebron . 

Pihak Pejuang  melepaskan tembakan ke arah askar Israel berhampiran petempatan haram Yahudi di Shaked, Qabatiya, kem Jenin, Burin dan pusat pemeriksaan Murabaa di Nablus, dan kem Aqabat Jabr di Ariha, manakala rakyat Palestin berhadapan dengan pendatang haram Yahudi di Al-Khader di bandar Bethlehem .

Operasi khusus yang dijalankan di Tebing Barat pula menyaksikan kerosakan kenderaan tentera selepas berlaku pertempuran bersenjata dan lemparan bahan letupan ke arah tentera Israel semasa menyerbu kem Jenin dan bandar Qabatiya. Tembakan turut dilepaskan di petempatan Shaked, begitu juga semasa menyerbu kem Balata di Ariha. Selain itu, batu-batu turut dilemparkan dan mengakibatkan kerosakan kenderaan pendatang haram Yahudi  di Al-Khader, Bethlehem.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,053
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....