000000
X
PALESTIN
5 orang ditangkap dan seorang ditembak ketika pencerobohan tentera di kem Aqabat
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
16 Mei 2023 | 3.59 petang
Beberapa orang penduduk Palestin mengalami kecederaan semasa serbuan tentera Israel keatas kem pelarian di Aqabat Jaber, Selatan Jericho. Terdapat penentangan daripada penduduk Palestin ketika pencerobohan tentera tersebut di kem pelarian mereka.

Para pejuang berhadapan dengan tentera unit khas Israel yang menceroboh kem dengan menggunakan kenderaan pengangkut yang tertutup dan mendapat bantuan daripada unit lain ketika mereka mendapat tentangan daripada penduduk setempat.

Seorang pemuda tercedera akibat terkena peluru hidup di paha semasa pertempuran tersebut. 5 orang yang lain telah ditangkap oleh tentera dan membawa mereka ke pusat tahanan Israel. 

Manakala puluhan lagi penduduk mengalami kesesakan nafas dan dirawat di tempat kejadian. Tentera juga menyukarkan tugas bantuan perubatan dengan menghalang mereka daripada memberi bantuan kepada mangsa.

Sementara itu, masjid-masjid di sekitar kem Aqabat Jaber menyeru penduduk supaya bangkit menentang tentera Israel yang telah menceroboh ke kem mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,980
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....