000000
X
PALESTIN
Qatar dan Amerika Syarikat mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata antara Pejuang Palestin dan Israel
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
14 Mei 2023 | 9.30 pagi
Qatar dan Amerika Syarikat mengalu-alukan pengisytiharan gencatan senjata antara Pejuang Palestin dan Israel, selepas pencerobohan yang berlangsung selama beberapa hari di Semenanjung Gaza. 

Agensi Berita Qatar berkata pada petang Sabtu: "Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammad bin Abdur Rahman bin Jassim Al Thani, Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, hari ini menerima panggilan telefon daripada Encik Anthony Blinken, Setiausaha Negara Amerika Syarikat.”

Semasa panggilan itu, kedua-dua pihak mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata antara pihak Palestin dan Israel, dan TYT Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat atas usahanya yang telah menyokong usaha serantau untuk mencapai matlamat ini. 

Perjanjian gencatan senjata antara pejuang Palestin dan Israel berkuat kuasa pada pukul sepuluh malam, hari Sabtu, waktu Baitulmaqdis, selepas operasi ketenteraan yang berterusan sejak subuh hari Selasa.

Pencerobohan Israel mengakibatkan kematian 33 rakyat Palestin, termasuk 6 kanak-kanak dan 3 wanita, dan 6 pemimpin "Briged Al Quds", sayap tentera gerakan "Jihad Islam", selain kecederaan 147 yang lain.

Pejuang Palestin juga telah melancarkan serangan peluru berpandu berturut-turut yang sampai ke Tel Aviv dan beberapa bandar di tengah dan selatan Palestin, berjaya membunuh dua orang, selain mencederakan berpuluh-puluh, tanpa ketersediaan statistik rasmi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,947
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....