000000
X
PALESTIN
Tiga rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Nablus
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
5 Mei 2023 | 8.50 pagi
Tiga rakyat Palestin semalam telah dibunuh oleh tentera Israel semasa membuat serbuan tentera di Bandar Lama bandar Nablus Tebing Barat.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga rakyat Palestin setakat ini disahkan terbunuh akibat tembakan Israel semasa serbuan itu.

Tiga warga Palestin itu dikenali sebagai (معاذ المصري) (ابراهيم جبر) 

(حسن القطنان) Muaz Masri, Ibrahim Jabr dan Hasan Qathanani. 

Kementerian itu berkata bahawa wajah dua rakyat Palestin yang mati cacat sepenuhnya kerana kecederaan yang teruk. Ini telah menyukarkan petugas untuk mengenal pasti mereka.

Pasukan penyamar Israel menyerbu kawasan kejiranan al-Yasmina dan mengepung sebuah rumah Palestin ketika unit besar tentera mula menceroboh masuk ke Kota Lama.

Menurut saksi mata, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rumah yang disasarkan dan melepaskan bom tangan anti-kereta kebal Energa, sambil menghalang kru perubatan daripada menghampiri kawasan itu.

Bulan Sabit Merah berkata bahawa dua rakyat Palestin cedera dalam konfrontasi dan dibawa ke hospital.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,796
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....