000000
X
PALESTIN
Jumlah Syahid Mencapai 30 Orang, pada Hari ke-4 Serangan Israel
Oleh: Rusydan Yusup
12 Mei 2023 | 2.49 petang
Tentera Israel meneruskan serangan dan pencerobohannya terhadap Semenanjung Gaza pada hari keempat, dengan beberapa siri serbuan baru, di pelbagai tapak, selepas hari berdarah yang menyaksikan kematian 8 syuhada, dan mencederakan orang lain dengan pelbagai jenis kecederaan yang berbeza-beza. 

Sejak subuh Selasa lalu, tentera Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Semenanjung Gaza, melalui pesawat perang dan meriam mereka, termasuk mengebom rumah awam dan menyasarkan tanah pertanian, kawasan perkumpulan, infrastruktur dan pelbagai lokasi lain.

Pencerobohan itu mengakibatkan kematian 30 rakyat, termasuk 4 orang wanita dan 6 kanak-kanak, dan kecederaan 93 rakyat, termasuk 32 orang kanak-kanak dan 17 wanita, menurut kemas kini terkini Kementerian Kesihatan Palestin. 

Pihak Pejuang Palestin terus bertindak balas dengan serangan peluru berpandu berturut-turut sebagai sebahagian daripada Operasi "Pembalasan Dendam Golongan Merdeka”, yang mengakibatkan kematian seorang Israel, berpuluh-puluh kecederaan, serta serangan langsung ke pelbagai tapak dan rumah-rumah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,476
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....