000000
X
PALESTIN
Rakyat Palestin membina semula sekolah selepas Tentera Israel merobohkannya
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
8 Mei 2023 | 4.00 petang
Beberapa jam selepas tentera Israel merobohkan sebuah sekolah Palestin di perkampungan Palestin (بيت تعمر) Bayt Ta'mar, di sebelah timur Bayt Laham di selatan Tebing Barat, penduduk dan aktivis Palestin bersedia untuk membina semula sekolah itu.

Awal hari ini, pihak berkuasa pendudukan Israel merobohkan Sekolah Jibb Al-Deeb yang dibiayai penderma, enam tahun selepas sekolah yang sama dibina semula selepas dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel pada 2017.

Penduduk Palestin dan aktivis serta kru dari Suruhanjaya Penjajahan dan Penentangan Tembok membina semula sekolah itu, yang menempatkan kira-kira 60 pelajar dari darjah satu hingga empat.

Bassam Jabr (بسام جبر), Pengarah Pendidikan di Bayt  Laham, memberitahu WAFA sekolah itu, yang juga dikenali sebagai (مدرسة التحدي) Sekolah Cabaran 5, telah dirobohkan pada 2017 sebelum ia dibina semula pada tahun yang sama.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,764
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....