000000
X
PALESTIN
Gabungan Briged Pejuang Palestin Lancar Operasi "Pembalasan Dendam Golongan Merdeka"
Oleh: Rusydan Yusup
11 Mei 2023 | 1.46 tengahari
Gabungan Briged Pejuang Palestin melancarkan operasi serangan balas dan menggelarkannya sebagai "Revenge of the Free People" (Pembalasan Dendam Golongan Merdeka) terhadap pencerobohan Israel.

Dalam satu kenyataan mengenai tindak balasnya terhadap pencerobohan Israel, Gabungan tersebut memberitahu bahawa operasi "Pembalasan Dendam Golongan Merdeka" terdiri daripada melancarkan serangan peluru berpandu besar-besaran dengan beratus-ratus peluru berpandu yang menyasarkan tapak, petempatan dan sasaran musuh.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa operasi tersebut merupakan tindak balas terhadap jenayah Israel membunuh pimpinan "Briged al-Quds" melalui pengeboman biadab dan khianat ke atas rumah awam, dan juga sebagai tindak balas terhadap pengeboman biadab yang membawa kepada kematian beberapa orang awam yang tidak bersalah yang berada di rumah mereka di Gaza.

Gabungan itu menyatakan bahawa "menyasarkan rumah orang awam, menceroboh hak rakyat kita, dan membunuh lelaki dan pejuang kita adalah garis merah," sambil menambah bahawa "pencerobohan penjajah akan berhadapan dengan segenap kekuatan, dan musuh akan membayar harga yang mahal untuknya. "

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa "pihak pejuang bersedia untuk (mempertimbangkan) semua pilihan, dan jika pihak penjajah berterusan dalam pencerobohan dan keangkuhannya, hari-hari gelap menantinya."

Mereka turut menegaskan bahawa "penentangan akan tetap berada di semua bahagian tanah air sebagai satu unit, pedang dan perisai untuk rakyat kita, tanah kita dan kesucian kita."

Kenyataan ini dibuat selepas Israel melancarkan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza, sejak subuh Selasa. Berikutan itu, 19 orang rakyat Palestin terbunuh, dan yang lain cedera akibat serbuan yang menyasarkan rumah dan kawasan-kawasan penentangan orang awam di pelbagai kawasan di Semenanjung tersebut.

Pada awal hari itu, sumber dalaman pejuang Palestin mengesahkan kepada agensi berita Al-Mayadeen bahawa "tindak balas terhadap pencerobohan Israel telah bermula," sambil menambah bahawa ia adalah "permulaan."

Wartawan Al-Mayadeen di Palestin melaporkan bahawa letupan peluru berpandu telah dilepaskan dari Semenanjung Gaza, diikuti oleh bunyi siren di beberapa petempatan sekitar Semenanjung Gaza dan wilayah Ashkelon, manakala pesawat Israel melakukan pencerobohan baru ke atas tanah pertanian di utara Gaza.

Menurut media Israel, Home Front Command Israel, sebuah unit dalam Tentera Israel meminta semua penduduk haram Israel dalam jarak 40 km untuk memasuki kawasan-kawasan yang berkubu, berdasarkan penilaiannya bahawa ini bukan tindak balas Gerakan Jihad Islam, tetapi tindak balas yang lebih kuat daripada itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,988
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....