000000
X
PALESTIN
Tunisia mengecam pencerobohan Zionis terhadap Semenanjung Gaza
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
11 Mei 2023 | 11.59 tengahari
TUNISIA - Tunisia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara khianat yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel di Semenanjung Gaza, yang menyebabkan sejumlah warga Palestin syahid dan berpuluh-puluh cedera, termasuk kanak-kanak dan wanita tidak berdaya. Tindakan ini jelas melanggar semua undang-undang dan norma antarabangsa. 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri, Imigresen dan Tunisia di Luar Negara menyatakan kecamannya terhadap pencerobohan kejam serta penderaan dan serangan sistematik yang dialami oleh rakyat Palestin yang mengancam keselamatan mereka dan hak mereka untuk hidup. 

Tunisia memperbaharui solidariti penuh dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dalam mempertahankan hak mereka yang sah, yang paling utama ialah penubuhan sebuah negara merdeka di atas tanahnya dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu kotanya. 

Ia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan segera untuk menghentikan pencabulan jenayah ini serta menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,516
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....