000000
X
PALESTIN
Zionis Israel sekat kru akhbar asing masuk ke Semenanjung Gaza
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
11 Mei 2023 | 11.22 pagi
GAZA - Sindiket Wartawan Palestin (PJS) mengecam larangan yang dikenakan oleh Zionis Israel untuk hari kedua berturut-turut, terhadap kemasukan kru akhbar asing ke Semenanjung Gaza melalui tanah Beit Hanoun dengan matlamat untuk menutup tindakan pencerobohan Israel yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

PJS berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang semalam bahawa larangan berterusan oleh Israel terhadap kemasukan kru akhbar asing ke Semenanjung Gaza adalah percubaan menyedihkan Israel untuk mengaburkan imej dan menutup jenayah Zionis Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin. Setakat ini, jenayah berkenaan membawa kepada pembunuhan lebih daripada dua puluh orang, mencederakan berpuluh-puluh, termasuk wanita dan kanak-kanak yang berpunca dari pengeboman dan keganasan rumah.

PJS turut menyeru pertubuhan hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa untuk bergerak pantas dan segera bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap Palestin dan mengutuk amalan sistematik Israel, termasuk menghalang wartawan daripada memasuki Semenanjung Gaza dan menyekat kebebasan kerja kewartawanan serta hak wartawan untuk bergerak dan mengembara.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,852
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....