000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Berdukacita Atas Kesyahidan Pimpinan Briged al-Quds
Oleh: Rusydan Yusup
9 Mei 2023 | 2.42 petang
Briged Al-Qassam berdukacita atas kesyahidan para pemimpin Briged Al-Quds dan menegaskan bahawa "darah rakyat kita akan menjadi api yang membakar pihak penyerang."

Pimpinan Briged al-Quds yang syahid ialah  Jihad Shaker al-Ghanam, Khalil Salah al-Bahtini dan Tariq Muhammad Izz al-Din. Mereka berkata dalam satu kenyataan akhbar pada subuh hari Selasa: “Dengan segala tanda kemuliaan dan kemegahan, kita menangisi pemergian para syuhada yang telah gugur syahid akibat pencerobohan di Semenanjung Gaza yang berdarah, diketuai oleh para pemimpin syuhada di Briged Al-Quds, Jihad Al-Ghanam, Khalil Al-Bahtini, dan Tariq Izz Al-Din, dan darah orang-orang kami dan mujahidin kami akan menjadi cahaya yang menerangi jalan pembebasan dan api yang membakar para penyerang."

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, menegaskan bahawa "pembunuhan pemimpin dalam operasi khianat tidak akan membawa keselamatan kepada penjajah, tetapi akan mendapat lebih banyak tentangan." Beliau menambah dalam satu kenyataan akhbar bahawa "musuh membuat kesilapan dalam perkiraannya dan akan membayar harga untuk jenayahnya, dan penentangan merupakan satu-satunya kaedah yang dapat menyakiti musuh yang khianat." 

Hamas memberi penghormatan kepada para pemimpin Briged Al-Quds yang syahid dalam serangan terbaru tersebut. Jurucakap pergerakan itu, Hazem Qassem, berkata: "Sekumpulan pemimpin pejuang di Semenanjung Gaza telah menumpahkan darah kepada rakyat, dan pihak penjajah menanggung akibat daripada pencerobohannya di Semenanjung, dan pihak pejuang akan terus mempertahankan rakyat dan kesucian mereka. "

Beliau menambah, "Rakyat Palestin dan pejuang mereka tahu bagaimana untuk menyerang musuh dan bertindak balas terhadap jenayah membunuh beberapa pemimpin Briged Al-Quds." 

Bagi pihaknya, gerakan Jihad Islam berkata bahawa "perjuangan tidak akan berhenti sehingga tamatnya penjajahan Zionis, dan penderitaan rakyat Palestin tidak akan menjadi jambatan bagi penjajah mencapai hasrat mereka." “Penentangan akan bermula setelah tamatnya serangan, dan kaedah pertembungan dengan musuh yang ingin ‘mencabut’ rakyat Palestin dari tanah mereka telah pun ditetapkan,” kata jurucakap pergerakan, Tariq Selmi. 

Beliau meneruskan, "Semua senario dan pilihan, telah terbuka bagi pihak pejuang untuk bertindak balas terhadap jenayah penjajahan, yang mengabaikan semua inisiatif pengantara, dan penentangan akan membalas dendam para pemimpin yang syahid." Selmi menegaskan bahawa musuh hanya memahami bahasa kekerasan, dan penentangan akan terus diadakan, dan pihak penjajah memikul tanggungjawab untuk itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,805
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....