000000
X
PALESTIN
PBB Menyeru Israel Supaya Menghormati Hak Kanak-Kanak Palestin untuk Mendapat Pendidikan dan Menghentikan Perobohan Sekolah
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
9 Mei 2023 | 9.30 pagi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menyeru Israel supaya menghormati hak kanak-kanak Palestin untuk mendapat pendidikan dan menghentikan perobohan sekolah.

Penyelaras Khas PBB untuk Keamanan Timur Tengah. Prof. Tor Wennesland, menyatakan. “Hak anak untuk mendapat pendidikan mesti dihormati. Saya menyeru pihak berkuasa Israel untuk menghentikan perobohan dan pengusiran yang menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa, dan membenarkan rancangan untuk masyarakat Palestin membuat binaan secara sah di Kawasan C untuk menangani keperluan pembangunan mereka, termasuk untuk sekolah,” 

Wennesland membuat komennya sebagai tindak balas kepada perobohan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel terhadap sekolah (جب الديب) Jibb Al-Deeb yang dibiayai oleh penderma di kampung kecil Palestin Bayt Ta'mar, di sebelah timur Bayt Laham, pada hari Ahad.

Dia menyatakan kegusarannya yang "mendalam" terhadap perobohan sekolah rendah Palestin yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah, perobohan yang secara langsung menjejaskan pendidikan sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak, sambil menunjukkan bahawa "perobohan itu mengikuti perintah mahkamah Israel yang memetik kebimbangan keselamatan sebagai tindak balas kepada petisyen oleh organisasi penempatan”

“Pada masa ini, sebanyak 58 buah sekolah, yang memberi perkhidmatan kepada 6,500 kanak-kanak, menghadapi ancaman perobohan kerana kekurangan permit bangunan yang hampir mustahil untuk rakyat Palestin memperolehinya,” tambahnya.

“Seperti yang saya ulangi pada mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Ad Hoc (AHLC) di Brussels minggu lalu, tindakan sedemikian memberi kesan negatif terhadap penyampaian perkhidmatan asas untuk rakyat Palestin, mengancam kestabilan dan menjejaskan Pihak Berkuasa Palestin. Lebih-lebih lagi, pemacu konflik yang berterusan, termasuk perobohan, menimbulkan suasana ketidakpercayaan dan ketegangan antara Palestin dan Israel dan menjejaskan kemungkinan mencapai penyelesaian politik.,” katanya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,043
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....