000000
X
PALESTIN
KDN Palestin Lancar Platform Berita Rasmi "Home Front Gaza"
Oleh: Rusydan Yusup
10 Mei 2023 | 1.30 tengahari
Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara Palestin mengumumkan pelancaran platform baharu yang dipanggil "Home Front Gaza". 

Menurut jurucakap kementerian itu, Iyad al-Bazum, platform itu muncul bagi memberikan maklumat dan naratif rasmi dengan medium yang sesuai untuk rakyat Palestin memandangkan pencerobohan Israel merencatkan kestabilan barisan dalaman Palestin. Platform ini juga diharapkan dapat menyekat penyebaran khabar angin dan berita palsu, serta mengukuhkan komunikasi dengan rakyat.

Al-Bazum menyatakan bahawa platform itu akan dikhaskan untuk menyebarkan data dan maklumat dalam pelbagai bidang yang memberi kemudahan kepada masyarakat Palestin, terutamanya ketika berlaku peningkatan pencerobohan Israel dan ketika situasi kecemasan. Rakyat dan mereka yang berminat boleh mengakses platform melalui rangkaian sosial berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/HomeFrontGaza

Twitter: https://twitter.com/HomeFrontGaza

Telegram: https://t.me/HomeFrontGaza
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,050
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....